Friday 24 November 2017

Syukur.

Jujurnya.
Aku cemburu tengok kau.
Sebab kau sentiasa nampak gembira.
Kau sentiasa nampak tenang.
Dan kau selalu tersenyum.
Belajar pun tekun.
Dengan al-Quran juga kau bersungguh.

Sedang aku.
Penuh dengan keserabutan.
Hidup asyik tak kena je.
Sensitif, marah tak tahu pasal.
Tenang hilang entah ke mana.
Apa yang membezakan?

Sedang kalau kau kata kau baca al-Quran, aku juga baca al-Quran.
Kalau kau solat, aku juga solat.
Kalau kau sayang ahli keluarga kau, aku pun sayang ahli keluarga aku.

Dan aku temu jawapan.
Bila kau sendiri yang katakan.
Kau tak jawab persoalan aku secara langsung,
Tapi melihat gaya kau, aku dapat belajar sesuatu.

Kadang-kadang, tak semestinya yang lebih itu perlu.
Macam apa mat salih kata, less is more.
Aku nampak, dari gaya kau ,
Kau seorang yang bersyukur.
Kau bersyukur dengan kawan-kawan kau.
Kau bersyukur dengan pelajaran kau.
Kau bersyukur dengan hidup kau.
Kau tak anggap jawatan yang kau ada tu sebagai kebanggaan,
Tapi satu amanah yang perlu kau jalankan.
Biasalah, manusia buat kesilapan.

Kau bukanlah seorang budak yang sentiasa cuba untuk mencari kejaguhan,
Tapi seseorang yang cuba untuk hidup sebagai seorang insan.
Kau tak cari kawan yang ramai untuk populariti,
Tapi kau sendiri jadi kawan yang berguna,
Untuk kawan-kawan kau yang ada ni.
Kau pernah cakap kat aku, kau nak memperbetulkan kesilapan,
Dan maaf, kerana aku hanya gelakkan.

Aku cemburu dengan kau.
Tapi aku juga belajar banyak benda daripada kau.
Kau ajar aku untuk bersyukur.
Dan hargai apa yang aku ada.
Terima kasih kawan.
Walaupun kita tak serapat mana, aku tetap anggap kau sebagai kawan.

Aku harap kau akan berjaya.
Dan aku harap aku boleh mencontohi sikap kau.
Seriously.
Kau ni inspiration.

"Some people were not born to be in the spotlight . But those people are usually the ones that inspire us the most."

To me, you are a star.
Thank you.
:)



No comments:

Post a Comment