Sunday 12 November 2017

Kau.

Kau lihat,
Kau diam,
Kau dengki,
Sakitnya hati.

Mereka gembira,
Kau biasa-biasa.
Mereka menangis,
Kau tak rasa apa-apa.

Kau fikir,
Mengapa mereka mampu gembira,
Sedang kau sering terluka.

Sampai ada saatnya,
Kau teringin melihat mereka derita,
Seperti apa yang kau rasa.

Kau tahu kau salah,
Tapi hatimu sudah parah.

Kembalilah.
Pada TuhanMu kau pasrah.

Tapi kau lemah,
Kadang-kadang kau rebah.

Teruskan berjalan,
Kerana itulah makna hidup seorang insan.

Hanyalah bertatih dalam kebodohan,
Mencari makna kehidupan,
Mencari erti kebahagiaan,
Dan ketenangan di sisi Tuhan.

-inspired by something-
#121117 #8:16a.m.

No comments:

Post a Comment