Friday 24 November 2017

Aku dan lagu.

"Andai kasturi hilang harum
Mawar tak berkuntum
Cinta tak bersambung
Biar emas setinggi gunung
Kan ku peluk rimbun ampun
Rahmat yang Maha Agung."
-Nyanyian Serambi, Ramli Sarip.

Cita rasa aku dalam lagu memang pelik.
Aku suka dengar bermacam-macam jenis lagu.
Balada, pop, rock klasik, jazz, nasyid, etc.
Tapi kebanyakannya lagu-lagu lama.
Bukan apa.
Sebab dalam mendengar lagu, aku suka fahamkan makna.
Dan ada satu tarikan dekat lagu-lagu lama ni yang aku nampak.
Lirik-lirik dia puitis.
Lagu inggeris pun sama.
Kawan-kawan aku dengar aiman tino, khai bahar, sufian suhaimi. (no offense)
Aku? Hmm.
Mungkin cita rasa aku yang unik ni sebab terpengaruh dengan abang-abang aku dan ibu bapa aku.
.
.
.
.
.
.
Atau mungkin juga,
Aku ni memang berjiwa tua.
"You might think I'm weird, but I think I'm unique."
Ayat penyedap hati.
Haha.
.
.
.
.
.
.
.
Moga-moga, macam mana aku cuba untuk faham makna lagu,
macam tu juga aku cuba faham makna Al-Quran.
Dush.

Syukur.

Jujurnya.
Aku cemburu tengok kau.
Sebab kau sentiasa nampak gembira.
Kau sentiasa nampak tenang.
Dan kau selalu tersenyum.
Belajar pun tekun.
Dengan al-Quran juga kau bersungguh.

Sedang aku.
Penuh dengan keserabutan.
Hidup asyik tak kena je.
Sensitif, marah tak tahu pasal.
Tenang hilang entah ke mana.
Apa yang membezakan?

Sedang kalau kau kata kau baca al-Quran, aku juga baca al-Quran.
Kalau kau solat, aku juga solat.
Kalau kau sayang ahli keluarga kau, aku pun sayang ahli keluarga aku.

Dan aku temu jawapan.
Bila kau sendiri yang katakan.
Kau tak jawab persoalan aku secara langsung,
Tapi melihat gaya kau, aku dapat belajar sesuatu.

Kadang-kadang, tak semestinya yang lebih itu perlu.
Macam apa mat salih kata, less is more.
Aku nampak, dari gaya kau ,
Kau seorang yang bersyukur.
Kau bersyukur dengan kawan-kawan kau.
Kau bersyukur dengan pelajaran kau.
Kau bersyukur dengan hidup kau.
Kau tak anggap jawatan yang kau ada tu sebagai kebanggaan,
Tapi satu amanah yang perlu kau jalankan.
Biasalah, manusia buat kesilapan.

Kau bukanlah seorang budak yang sentiasa cuba untuk mencari kejaguhan,
Tapi seseorang yang cuba untuk hidup sebagai seorang insan.
Kau tak cari kawan yang ramai untuk populariti,
Tapi kau sendiri jadi kawan yang berguna,
Untuk kawan-kawan kau yang ada ni.
Kau pernah cakap kat aku, kau nak memperbetulkan kesilapan,
Dan maaf, kerana aku hanya gelakkan.

Aku cemburu dengan kau.
Tapi aku juga belajar banyak benda daripada kau.
Kau ajar aku untuk bersyukur.
Dan hargai apa yang aku ada.
Terima kasih kawan.
Walaupun kita tak serapat mana, aku tetap anggap kau sebagai kawan.

Aku harap kau akan berjaya.
Dan aku harap aku boleh mencontohi sikap kau.
Seriously.
Kau ni inspiration.

"Some people were not born to be in the spotlight . But those people are usually the ones that inspire us the most."

To me, you are a star.
Thank you.
:)



Monday 20 November 2017

7.

No, this is not about a movie about the seven deadly sins.

Less than a week more.
I'm so blessed.
Though I've endured hardship,
I got my heart broken,
Buckets of tears were shedded here,
Many times was I hurt,
Ultimately,
All these experiences made me to be who I am now.

Needless to say , every cloud has a silver lining.
And though I once pondered on the idea of changing schools,
Many happy moments were created here.
Many friends,
Who are like family.

They say, experiences made a man.
And a writer once said,
"Kalau boleh diputarkan masa, takkan aku lakukan. Kerana pengalaman yang aku telah laluilah yang membentuk aku untuk menjadi siapa aku, pada hari ini."

Taktau nak rasa apa.
Cuma terima kasih aku ingin lahirkan.
Kepada guru-guru, kepada teman-teman,
Kepada ibu bapaku, dan ahli keluarga yang tak aku  lupakan,

Dan yang paling utama,
Pada Tuhan,
Yang menulis dan mengindahkan suratan.

Alhamdulillah.

Sunday 12 November 2017

Kau.

Kau lihat,
Kau diam,
Kau dengki,
Sakitnya hati.

Mereka gembira,
Kau biasa-biasa.
Mereka menangis,
Kau tak rasa apa-apa.

Kau fikir,
Mengapa mereka mampu gembira,
Sedang kau sering terluka.

Sampai ada saatnya,
Kau teringin melihat mereka derita,
Seperti apa yang kau rasa.

Kau tahu kau salah,
Tapi hatimu sudah parah.

Kembalilah.
Pada TuhanMu kau pasrah.

Tapi kau lemah,
Kadang-kadang kau rebah.

Teruskan berjalan,
Kerana itulah makna hidup seorang insan.

Hanyalah bertatih dalam kebodohan,
Mencari makna kehidupan,
Mencari erti kebahagiaan,
Dan ketenangan di sisi Tuhan.

-inspired by something-
#121117 #8:16a.m.

Saturday 11 November 2017

Nur.

I wanna be a light that shines people.
That shines in times of darkness.
But sometimes I fall.
And am the one in the darkness.

Well.
Humans are humans after all.
As long as I get up ,
I guess, in the end , All will be well,
After the fall.

.

Semarak impian
Segunung harap dipulang
Usah diragukan
Keupayaan sendiri

Hati yang membara
Mengikutkan kata apa
Jawapannya di sini
Semangat kita yang hilang..

:)